Friday 3 August 2012

Makna Sebenar dan Lailatul Qadar....


Bismillahirahmanirahim...


Assalammualaikum WBT...
Dah lama rasanya tak update blog ni, biasalah kan orang yang baru tinggal kat asrama,
dan baru first time merasa suasana di asrama...
ok taknak cerita pasal asrama,saya nak kongsi berdasarkan ceramah yang saya hadiri                                                           disekolah saya yang berkenaan dengan RAMADHAN....

Mungkin kita pernah mendengar atau terbaca perkara dibawa...


Di bulan Ramadhan....


1.Syaitan diikat dengan ketatnya...
2.Pintu syurga dibuka seluas-luasnya...
3.pintu neraka ditutup seketat-ketatnya...


mungkin ada yang tak faham lagi dengan perkara tersebut....
kita bayangkan perkara itu dengan imaginasi kita dan sebagainya, 
kita membacanya dimana-mana dan kita share kat orang lain di Facebook,Twitter dll....
memang benar Nabi pernah bersabda tentang perkara tersebut, 
tapi ada orang yang kurang faham dengan maknanya yang sebenar....
Tahukah kita.....sebenarnya syaitan ada bersama kita lagi seperti hari-hari biasa...
Syurga dan Neraka juga sama seperti hari atau bulan-bulan yang lain...


Makna Sebenar...


1.kita menyebabkan syaitan terikat disebabkan kita berpuasa kerana Allah, 
dan syaitan tidak terdaya melawan kita...
2.Pintu Syurga dibuka seluasnya kerana kita membukanya, 
kita membukanya dengan berpuasa,melawan hawa nafsu dan ingin berjihad dijalan Allah...
3.Pintu Neraka tertutup seketat-ketatnya kerana kita menutupnya dengan 
keimanan dan ketakwaan kita pada Allah...


Inilah makna yang sebenar yang terkandung dalam perkara tersebut...


Dan satu lagi yang saya nak terangkan berdasarkan pengalaman saya semasa
saya mendengar ceramah Agama di sekolah saya.....


Mungkin kita menunggu kedatangan malam yang cukup bermakna buat Umat Islam...
iaitu malam Lailatul Qadar ataupun malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
.
Malam Lailatul Qadar ni sememangnya istimewa kerana malam ini (Lailatul Qadar)
lebih baik daripada seribu bulan seperti yang diterangkan Allah dalam kitab Suci Al-Quran (Al-Quran Al-Karim)...
pada malam Lailatul Qadar juga turunnya Al-Quran sekaligus kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW...


Tak semestinya malam Lailatul Qadar itu air menjadi beku, 
kalau air menjadi beku macam mana nak minum air pada bulan Lailatul Qadar kan...haha
Tak semestinya malam Lailatul Qadar itu pokok sujud, 
nanti macam mana kita  nak balik rumah kalau semua pokok nak sujud...


Tahukah kita, sebernarnya malam Lailatul Qadar itu "manusia yang sujud",Subhanallah
Para 'Ulama yang membuat conclusion seperti ini, 
kerana mereka (para 'ulama) kerap bertemu dengan malam Lailatul Qadar dengan 
mereka mengerjakan 'amal 'ibadah pada waktu malam (Lailatul Qadar)...
itulah sebenarnya lailatul Qadar yang kita nak jumpa....


Jika Ramadhan bermula pada hari sabtu kemungkinan akan terjadinya malam 
Lailatul Qadar pada malam ganjil iaitu 21 & 23 Ramadhan... Ramadhan kali ini bermula hari sabtu kan?
so jangan lepaskan peluang ini, bangunlah pada malam itu, sujud dan berdo'alah kepada Allah SWT, nescaya Allah perkenankan do'a kita malam itu...insyaAllah
Semoga Allah pertemukan kita dengan malam Lailatul Qadar....Ameennn ...InsyaAllah


Maaf, saya tak terangkan dengan lebih mendalam,saya kongsi serba sedikit sahaja,
kerana saya tak banyak masa nak update, semoga perkongsian ini dapat kita tahu kebenarannya..insyaAllah...
selamat mengerjakan 'Amal 'Ibadah dibulan yang mulia ini...


Jazakallah...

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak...



Assalammualaikum WBT...


Saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada sebelumnya...insyaAllah...



Sunday 1 July 2012

WANITA SOLEHAH....~


HADIS

Daripada Abi Umamah al-Bahili r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ‘azzawajalla ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias jester menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia akan menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya.”


TAKHRIJ HADIS

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam al-Sunan (1/596), No. Hadis 1857. Kitab al-Nikah, 5.Bab Seafdal Wanita.
Hadis ini sanadnya daif.




PENGAJARAN HADIS
Sesungguhnya hadis ini menggambarkan betapa pentingnya seseorang memilih calon isteri dikalangan wanita solehah untuk dijadikan suri rumah tangganya.Kriteria yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW seperti keturunan yang baik, rupa yang menarik, berharta, dan beragama.Kemudian ditegaskan bahawa yang beragamalah yang membawa sinar kebahagian hakiki.
Apabila berlaku ikatan pernikahan, sudah tentu lelaki menjawat jawatan suami dan seterusnya sebagai bapa.Sedangkan wanita pula tugasnya sesuai dengan tabiatnya serta kewanitaannya.Menjaga urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak.Tepatlah ungkapan penyair yang berkata:

Ibu seumpama madrasah jika disediakan dengan ilmu, pasti dapat membentuk generasi yang baik.kuat dan berilmu.

Oleh itu keharmoniaan rumah tangga dapat member kesan yang positif dalam kecemerlangan tugas sama ada di pejabat atau apa jua bidang pekerjaan yang diceburinya. Hal ini sudah dimaklumkan sejak kedatangan Rasulullah SAW ke kota Madinah al-Munawwarah, bermula daripada pembentukan peribadi mithali, seterusnya keluarga mithali dan akhirnya menjadi masyarakat mithali.Negeri tersebut sudah pasti menjadi negeri sebagaimana syiar al-Quran menyebut:

Negeri yang baik dan dapat keampunan Tuhan yang Maha Pengampun.”

Mudah-mudahan ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan mengikut acuan syariat dapat dikecapi.Amin.



DALIL AL-QURAN


Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan, ayat 74:

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Menurut Ibn Abbas, beliau menafsirkan anak-anak sebagai oenyejuk mata ialah anak-anak yang soleh dan solehah serta yang menggembirakan ibu bapa dunia dan akhirat.Manakala Ikrimah pula mengatakan keutamaan anak-anak bukanlah pada cantik fizikalnya tetapi pada ketaatannya.


MUTIARA KATA

Anda memiliki hak atas diri anda, jiwa anda memiliki hak atas anda, mata anda memiliki hak atas diri anda,isteri anda memiliki hak atas anda dan tetamu anda memiliki hak atas diri anda.Oleh sebab itu berikan hak-hak itu kepada yang berhak mendapatkannya.”


SURI TELADAN


Diceritakan daripada Amrah, isteri Habib al-Ajami r.a bahawa dia yakin Amrah setiap malam mengejutkan suaminya pada waktu malam, sambil mengatakan kepadanya:

Bangun segera! Malam hampir pergi, sedangkan perjalanan masih jauh, dan bekalan pula masih sedikit, serta rombongan-rombongan kaum yang soleh sudah berangkat pergi!”

Maksud isterinya supaya suaminya segera bangun pada akhir malam untuk solat Tahajjud dan beribadah kepada Allah hingga ke siang hari!
Daripada setengah golongan yang soleh menceriktakan tentang dirinya dengan katanya:
Saya telah berkahwin dengan seorang wanita cantik, berbudi bahasa dan perbuatannya sangat menggembirakan hati.Selalunya setelah bersembahyang Isya’ dia terus memilih pakaian yang indah, dia kemudian memakai wangi-wangian, memenuhi tubuh badannya dengan wangian yang mengiurkan, lalu dia dating kepadaku dengan muka manis tersenyum, seraya bertanya kepadaku:

Tuanku! Engkau perlu apa-apa denganku pada malam ini?’ Jika aku menjawab:
Ya, aku mahukan engkau!’ maka ia akan duduk bersama-samaku, dan melayan segala kemahuanku, 
sehingga aku merasa puas, dan dia terus melayanku hingga ke pagi hari.Tetapi pada malam aku tiada memerlukannya, maka dia akan menanggalkan pakaian yang indah itu, lalu memakai pakaian yang lain dan terus mengerjakan sembahyang hingga ke waktu subuh.”

Sunday 3 June 2012

Ku Takut Dengan Azab Mu...


Assalammualaikum wbt



Azan zohor berkumandang, 
aku mula melangkah ke bilik air,
Aku mengambil air sembahnyang (wudhuk) …
Selesai mengambil air sembahyang, 
aku mula memakai jubah, serban serta memakai wangian kerana ingin mengikut sunnah nabi,…
aku bentangkan sejadah untuk bersujud kepada yang Esa…
aku mulakan solat dengan niat dan mengangkat takbiratul ihram…
membaca al-fatihah serta menunaikan rukun-rukun dalam solat…
setelah aku mengucapkan salam tanda aku akhiri solat zohor…



aku beristighfar dan lain-lainya (wirid)…
dalam beristighfar aku pejam mata,betapa takutnya dan menggigil seluruh badan disertakan dengan tangisan seperti budak kecil…
walaupun pejam hanya sekejap, dengan kuasa Allah..
Allah tunjukkan kepada aku seksaan api neraka jahannam… MasyaAllah tabarakallah…
Apinya yang hitam dan panas yang tak terhingga membuatkan badan aku sejuk dan menggigil didalam tangisan…




Adakah ini cara Allah bagi hidayah kepada hambaNya?



Aku mendapatkan mama, aku meminta ampun, aku berkata pada mama…



janganlah jauhkan aku dari Syurga”




Hati seorang ibu kita tak tahu, seorang ibu hanya mampu berdiam dengan hati yang terguris…
Oleh itu jagalah perasaan seorang ibu, jangan sakiti dia…
Kerana SYURGA itu dibawah telapak kaki ibu…




Aku ingin berpesan kepada semua, janganlah tinggalkan solat, jangan derhaka kepada sesiapa terutamanya ibubapa… 
sesungguhnya Allah itu maha melihat setiap perbuatan hambaNya…pengelihatan Allah itu tak terbatas…





Ya Allah... betapa sakitnya azab Mu..!!!



Semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang masih mengejar kehidupan Dunia… Amin ya Rabbal 'Alamin

Untukmu Umat RASULULLAH....


Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara, iaitu AL-QURAN dan SUNNAH”
(pesanan terakhir Rasulullah)

Siapa lagi menghidupkan sunnah NABI, 
kalau bukan kita…
Siapa lagi jadi penghuni SYURGA, 
kalau bukan umat RASULULLAH…
Siapa lagi yang ALLAH janjikan SYURGA untuk umat RASULULLAH, 
kalau bukan kita…
Siapa lagi yang RASULULLAH sayang, 
kalau bukan kita…
Siapa lagi kalau bukan kita yang menerima AL-QURAN
sedangkan umat terdahulu takut akan menerimanya kerana azab yang diturunkan ALLAH…

Kenapa hari ini,
SUNNAH NABI dijadikan bahan ejekan?
Kenapa hari ini,
AJARAN RASULULLAH dipandang hina?
Kenapa hari ini,
RASULULLAH menyayangi kita tapi kita sibuk dengan urusan dunia?
Kenapa hari ini,
kita menerima AL-QURAN tapi dijadikan hiasan dirumah?
Dan kenapa hari ini,
manusia berperangai seperti menjadi ahli NERAKA?


Tidakkah kau ingat bahawa kehidupan DUNIA ini hanya sementara?
Ingatlah wahai umat RASULULLAH, yang hidup kekal abadi itu ada disana…


                                                                         Create- Anep Jon
                                                    (8.40 a.m ,Sunday, June 03, 2012,)

Thursday 31 May 2012

Kefawatan Penghulu Dunia & Akhirat... Rasulullah SAW

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Setelah malaikat Jibrail pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Rasulullah SAW lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail. Apabila para sahabat RA mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."


Apabila Abu Bakar RA mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu BAkar RA pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar RA menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar RA menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat RA di depan rumah Abu Bakar RA dan bertanya: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna."


Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat RA maka Abu Bakar RA pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda." Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar RA maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar RA, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang kejadian yang mereka saksikan itu.


Berkata salah seorang dari para sahabat RA, "Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar RA. 


Sebaik Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar RA, Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali RA berkata, "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." 


Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat". 


Sebaik sahaja Abu Bakar RA mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali RA pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat RA satu demi satu dan berwasiat pada mereka.


Pada satu hari, baginda SAW menyuruh Bilal RA azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda SAW bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izinNya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat." 


Rasulullah SAW berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini."


Lalu 'Ukasyah RA berkata lagi: "Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun tuun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut."


Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal RA keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah RA sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk dibalas [di qishash]."


Setelah Bilal RA sampai di rumah Fatimah RA maka Bilal RA pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah RA menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Bilal RA menjawab: "Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda. "Kemudian Fatimah RA berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal RA: "Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah RA lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?" Bilal RA tidak menjawab pertanyaan Fatimah RA. Setelah Fatimah RA memberikan tongkat tersebut, maka Bilal RA pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal RA maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah RA.


Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar RA dan Umar RA tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar RA dan Umar RA maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali RA bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah". Lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan RA dan Husin RA bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul."


Kemudian 'Ukasyah RA berkata: "Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah RA melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan ku. Dan Allah SWT menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga."


Ibnu Mas’ud RA berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah RA. Kemudian baginda SAW memandang kami sambil berlinangan air mata dan bersabda: "Marhaban bikum, semoga Allah SWT memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah SWT menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah SWT." 


Allah SWT berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa." 


Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah SWT, ke Sidratul Muntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy." 


Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: "Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih."


Kami bertanya: "Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda SAW bersabda: "Tenanglah, semoga Allah SWT mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibrail. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."


Setelah itu para sahabat RA menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."


Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW pun bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat RA. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal RA menyelesaikan azan subuh, maka Bilal RA pun pergi ke rumah Rasulullah SAW kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Lalu dijawab oleh Fatimah RA, "Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal RA mendengar penjelasan dari Fatimah RA maka Bilal RA pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah RA itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal RA pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal RA telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal RA pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"


Setelah Bilal RA sampai di masjid maka Bilal RA pun memberitahu Abu Bakar RA tentang apa yang telah Rasulullah SAW pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar RA melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat RA dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fatimah RA; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Siti Fatimah RA menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali RA dan Fadhl bin Abas RA, lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah SAW melihat kepada orang ramai dan berkhutbah: "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah SWT, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Dengan suara terbatas Rasulullah SAW bersabda, "Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar RA menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar RA dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman RA menghela nafas panjang dan Ali RA menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah SAW akan meninggalkan kita semua." Keluh hati semua sahabat RA kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali RA dan Fadhal RA dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat RA yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu. 


Setelah itu Rasulullah SAW pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu."


Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah RA tidak mengizinkannya masuk, "Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah RA yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah RA kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya pada Fatimah RA, "Siapakah itu wahai anakku?" 


Fatimah RA menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW lantas berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah RA, "Tidak ayahanda." 


"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah RA tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Fatimah RA maka Baginda SAWpun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku."


Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali." Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibrail? "Aku tinggalkan ia di langit dunia?" Jawab malaikat Izrail. Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibrail datang dan duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibrail, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" Jibrail menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah." 


Rasulullah SAW bertanya lagi: "Wahai Jibrail, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah SWT" Berkata malaikat Jibrail, "Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."


Berkata Jibrail: "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."


Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu malaikat lzrail pun memulai tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Apabila ruh baginda SAW sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah SAW mengaduh "Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini." Fatimah RA terpejam, Ali RA yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibrail mengalihkan pandangannya dari Rasulullah SAW. Melihatkan telatah Jibrail itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibrail berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" 


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali RA segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat RA saling berpelukan. Fatimah RA menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali RA kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yang mulai kebiruan. Ali RA berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata: "Umatku, umatku." Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.


Berkata Anas RA: "Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia sedang menangis sambil mengatakan: "Wahai orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'iir"


Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa: "Malaikat Jibrail telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."


Wallahu'alam.




sumber- Kisah Sepanjang Zaman

Tuesday 29 May 2012

30 MEI~~~



30.05 macam biasalah, ulang tahun kelahiran aku… 
Umur dah masuk 16 tahun, tak terasa pula, makin lama makin tua…haha

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, 
bila bufday aku je mesti mama bawa jalan-jalan or makan dekat KFC,
 mama bawa pergi KFC sebab KFC is my favourite… 
 mak mana tak tahu kesukaan anak dia kan? Hehe

Kadang-kadang aku akan berfikir…


adakah ia akan berulang kembali? 

Masa begitu pantas berlalu… 
setiap tahun keluarga aku akan berkumpul sambut bufday aku…

Tapi… 30.05.2012
agak menyedihkan buat aku… 
bufday aku bukan macam dulu lagi… 
keluarga aku dah tak berkumpul seperti sebelum-sebelum ni…

Ayah ada urusan dikampung, kalau kampung dekat takpe lah juga, ni dekat sabah…:(
Abang pula dah masuk U,
dua tahun belajar dekat MALAYSIA…
then sambung lima tahun dekat OVERSEA…
Kakak pula, tak payah cerita lah…
dah dengan suami masing-masing…


Sekarang tinggal aku,mama, Dimazh & Furqon… 
 aku rasa kesunyian, dah lama tak bersama ayah…


Selagi hati ni tabah menghadapi semua dugaan Allah bagi, aku akan sentiasa ingat pesan ayah…

Setiap Perpisahan Ada Hikmahnya”






Allah SWT itu maha adil terhadap hambaNya, Allah sentiasa member yang terbaik untuk hambaNya, aku hanya mampu berdoa dan meminta daripadaNya agar kami disatukan semula…