Sunday 1 July 2012

WANITA SOLEHAH....~


HADIS

Daripada Abi Umamah al-Bahili r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ‘azzawajalla ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias jester menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia akan menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya.”


TAKHRIJ HADIS

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam al-Sunan (1/596), No. Hadis 1857. Kitab al-Nikah, 5.Bab Seafdal Wanita.
Hadis ini sanadnya daif.




PENGAJARAN HADIS
Sesungguhnya hadis ini menggambarkan betapa pentingnya seseorang memilih calon isteri dikalangan wanita solehah untuk dijadikan suri rumah tangganya.Kriteria yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW seperti keturunan yang baik, rupa yang menarik, berharta, dan beragama.Kemudian ditegaskan bahawa yang beragamalah yang membawa sinar kebahagian hakiki.
Apabila berlaku ikatan pernikahan, sudah tentu lelaki menjawat jawatan suami dan seterusnya sebagai bapa.Sedangkan wanita pula tugasnya sesuai dengan tabiatnya serta kewanitaannya.Menjaga urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak.Tepatlah ungkapan penyair yang berkata:

Ibu seumpama madrasah jika disediakan dengan ilmu, pasti dapat membentuk generasi yang baik.kuat dan berilmu.

Oleh itu keharmoniaan rumah tangga dapat member kesan yang positif dalam kecemerlangan tugas sama ada di pejabat atau apa jua bidang pekerjaan yang diceburinya. Hal ini sudah dimaklumkan sejak kedatangan Rasulullah SAW ke kota Madinah al-Munawwarah, bermula daripada pembentukan peribadi mithali, seterusnya keluarga mithali dan akhirnya menjadi masyarakat mithali.Negeri tersebut sudah pasti menjadi negeri sebagaimana syiar al-Quran menyebut:

Negeri yang baik dan dapat keampunan Tuhan yang Maha Pengampun.”

Mudah-mudahan ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan mengikut acuan syariat dapat dikecapi.Amin.



DALIL AL-QURAN


Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan, ayat 74:

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Menurut Ibn Abbas, beliau menafsirkan anak-anak sebagai oenyejuk mata ialah anak-anak yang soleh dan solehah serta yang menggembirakan ibu bapa dunia dan akhirat.Manakala Ikrimah pula mengatakan keutamaan anak-anak bukanlah pada cantik fizikalnya tetapi pada ketaatannya.


MUTIARA KATA

Anda memiliki hak atas diri anda, jiwa anda memiliki hak atas anda, mata anda memiliki hak atas diri anda,isteri anda memiliki hak atas anda dan tetamu anda memiliki hak atas diri anda.Oleh sebab itu berikan hak-hak itu kepada yang berhak mendapatkannya.”


SURI TELADAN


Diceritakan daripada Amrah, isteri Habib al-Ajami r.a bahawa dia yakin Amrah setiap malam mengejutkan suaminya pada waktu malam, sambil mengatakan kepadanya:

Bangun segera! Malam hampir pergi, sedangkan perjalanan masih jauh, dan bekalan pula masih sedikit, serta rombongan-rombongan kaum yang soleh sudah berangkat pergi!”

Maksud isterinya supaya suaminya segera bangun pada akhir malam untuk solat Tahajjud dan beribadah kepada Allah hingga ke siang hari!
Daripada setengah golongan yang soleh menceriktakan tentang dirinya dengan katanya:
Saya telah berkahwin dengan seorang wanita cantik, berbudi bahasa dan perbuatannya sangat menggembirakan hati.Selalunya setelah bersembahyang Isya’ dia terus memilih pakaian yang indah, dia kemudian memakai wangi-wangian, memenuhi tubuh badannya dengan wangian yang mengiurkan, lalu dia dating kepadaku dengan muka manis tersenyum, seraya bertanya kepadaku:

Tuanku! Engkau perlu apa-apa denganku pada malam ini?’ Jika aku menjawab:
Ya, aku mahukan engkau!’ maka ia akan duduk bersama-samaku, dan melayan segala kemahuanku, 
sehingga aku merasa puas, dan dia terus melayanku hingga ke pagi hari.Tetapi pada malam aku tiada memerlukannya, maka dia akan menanggalkan pakaian yang indah itu, lalu memakai pakaian yang lain dan terus mengerjakan sembahyang hingga ke waktu subuh.”

No comments:

Post a Comment