Tuesday 29 May 2012

Wanita Pilihan..~~


Semua orang mesti ada pilihan masing-masing kan?
Termasuklah aku…
Bila cerita pasal pasangan mesti semua orang minat… 
semua orang nak pasangan baik dan cantik,
tapi sesetengah orang tak mengetahui apakah disebalik kecantikan dan kebaikan seseorang wanita..

Zaman sekarang lebih banyak cinta nafsu dari cinta yang membawa ke Syurga…

Alangkah indahnya jika ALLAH SWT memberi aku jodoh yang SOLEHAH… 
yang akan menjadi MAKMUM ku untuk solat berjemaah, 
untuk mengajak aku sentiasa beribadat kepada ALLAH 
dan menjadi bidadariku di JANNATUL MA’WA seperti yang dijanjikan ALLAH…


Aku mencintai wanita solehah,
 walaupun aku tak soleh.

Aku mencintai wanita yang sentiasa mengingati ALLAH, 
 walaupun aku kadang-kadang alpa untuk mengingatinya.

Aku mencintai wanita yang sentiasa ingat kehidupan AKHIRAT,
 walupun aku orang yang tergolong dalam orang yang sentiasa mengingati kehidupan dunia.


Jika aku mendapat wanita seperti itu, aku akan jaga seperti mana ALLAH amanahkan kepada kaum ADAM...
    
     insyaAllah~~

Tapi, adakah aku ini layak dicintai oleh wanita SOLEHAH?

Zaman sekarang, betapa susahnya untuk mencari wanita seperti ini…

SEBAB APA?

Sebab dah ramai yang tergila-gila kan kehidupan dunia dan lupa akan kehidupan yang abadi di SANA… wallahualam...












Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



No comments:

Post a Comment