Tuesday 29 May 2012

LAMBAIANMU~~~



Lambaianmu? Apakah? Maksud aku lambaian KAABAH…hehe
Semua orang ISLAM mesti nak pergi MEKAH kan? Yela…
Siapa taknak pergi ke tempat yang suci tu,tempat prasejarah ISLAM
 Tempat mulanya ISLAM







Cerita pasal aku pula,
Aku nak sangat pergi,a
ku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri, 
aku ingin merasa suasana di TANAH HARAM tu…
Aku ingin mencium batu HAJAR ASWAD,
Aku nak menyentuh pintu KAABAH… 
dan tak lupa juga, aku nak menziarahi makam penghulu dunia dan akhirat iaitu RASULULLAH SAW di MADINAH…


insyaAllah~~




Mama, Ayah & akak dah pergi ke sana, tinggal aku ,abang, Iqbal & Furqon je belum…
 Kalau diikutkan, aku dah lama pergi HAJI, tapi mama kena tipu dengan orang yang kononnya nak daftar aku dan abang pergi HAJI… 
Habis lesap duit mama… mama tak menyimpan perasaan dendam atau sebagainya… 
sebaliknya mama kata biarkan dia berurusan dengan Allah, Allah itu maha adil, ni bukan rezeki aku untuk pergi ke sana…




Mungkin Allah akan bagi aku peluang untuk aku pergi melawat ke tempat suci tu, 
 sebelum aku kembali ke sana…





Ya Allah, bagilah aku peluang untuk melawat rumahMu…
Bagilah aku peluang untuk menziarahi makam RasulMu…
Bagilah aku peluang untuk menadah tangan di bawah pancur emasMu
dan meminta daripadaMU agar dosa-dosaku Engkau ampunkan …


AMIIN YA RABBAL 'ALAMIN`~~




No comments:

Post a Comment