Sunday 20 May 2012

KINI AKU SEDAR...

Assalammualaikum WBT...

Kini aku sedar, tajuk kat atas tu bermakna aku sudah sedar...
sedar apa? "aku dah sedar yang dunia ini tempat aku buat amalan yang baik,
semoga aku kembali ke sana dengan tenang"....

kadang-kadang aku berfikir...
kenapa aku harus buat benda yang tak baik...??
apakah faedahnya?

Aku paksa diriku untuk solat, aku paksa diriku untuk meninggalkan perkara jahat,
dan aku paksa diriku untuk selalu mengingati Allah...

Alhamdulillah, keterpaksaan itu membuat aku menjadi ikhlas melakukannya...
Allah memberi hidayah kepada aku, aku merasa tenang bila buat benda yang disuruh oleh-Nya...

dan kadang-kadang aku termakan dengan hasutan syaitan, semua manusia mesti kena kan?
sebab syaitan ni takkan putus asa untuk menarik kita ke neraka... wallahualam..

Mungkin orang lain akan menyampah bila aku post pasal agama dekat FACEBOOK...
tapi, bagi aku ia tak menghalang aku untuk memberi peringatan, kita sesama manusia ni kenalah bagi peringatan, semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita...

aku ingin cerita sikit peristiwa yang tak akan aku lupakan...

Pada suatu malam, aku bermimpi...
dalam mimpi itu aku kena menyelamatkan Al-Quran daripada tangan syaitan,
dan yang membuatkan aku terkejut kunci Al-Quran tersebut ada dekat tangan aku dan kunci itu tertera nama RASULULLAH SAW...
dan aku sempat menyelamatkan Al-Quran tersebut,
tapi,bila aku membacanya syaitan memeluk tubuh aku hinggakan aku tak boleh membacanya,dengan niat yang kuat aku paksa...
 lalu aku terbangun dari tidur dan aku rasa aku kena himpit dengan sesuatu benda...rupa-rupanya aku tidur kena himpit dengan IBLIS...
tapi aku tak peduli semua tu, yang penting aku memegang kunci dengan kalimah RASULULLAH SAW...
aku rasa macam nak nangis kerana gembira,
sebab walaupun dalam mimpi tak berjumpa dengan baginda, tapi dengan kalimah baginda sudah cukup untuk membuatkan aku melepaskan rindu terhadap baginda...

Inilah salah satu faktor membuatkan aku sedar... dan aku berterima kasih pada Allah SWT kerana Allah memberikan hidayah...
dan aku harap agar Allah SWT memakbulkan doaku untuk bertemu dengan RASULULLAH SAW walaupun hanya dalam mimpi...insyaAllah




Ya Allah ,Ya Tuhanku...
Sesungguhnya aku ini insan yang lemah,
 maka jauhilah aku dari godaan syaitan laknatullah...
agar aku sentiasa melakukan perkara yang Engkau suruh ,
dan meninggalkan perkara yang Engkau larang...
Ya Allah, Sempurnakanlah hatiku dengan iman...
suburkanlah ia dengan Taqwa...
agar aku mengingatiMu sentiasa...
aku ini hambaMu yang tak lari dari dosa...
 maka ampunilah dosa ku sebagai mana Engkau mengampukan dosa umat terdahulu...

Ya Allah ,
Jadikanlah aku anak yang soleh, yang sentiasa berbakti kepada IbuBapa...
Permudahkanlah urusan ku dunia dan Akhirat...


Ya Allah,Ya Rahman,
berilah aku kesejahteraan dunia dan akhirat, jauhilah aku dari azab api neraka...

Amiiin Ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment